Selasa, 29 September 2009

Lagi kisah lembu di selangor


Kira-kira 100 penternak lembu di Selangor berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.

Mereka bertindak sedemikian bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak mengendahkan rintihan dua penternak yang mengalami kerugian akibat kejadian empangan pecah di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam, Selayang, 24 September lalu.

Sabtu, 26 September 2009

Subramaniam bakal sertai Makkal Sakhti?

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam masih mencari platform yang sesuai bagi meneruskan karier politiknya. Beliau turut tidak menafikan ketika diajukan soalan sama ada akan menyertai parti politik baru khusus untuk kaum India.

Menurutnya, beliau kini memikirkan segala pilihan yang ada termasuk menyertai parti politik baru atau terus bekerjasama dengan MIC bagi menjaga kepentingan masyarakat India di negara ini.

“Saya masih memerlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai hala tuju karier politik saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Subramaniam yang dikenali sebagai ‘makkal talaiver’ atau ketua masyarakat di kalangan kaum India tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden MIC pada pemilihan parti 12 September lalu.

Ekoran kegagalan itu, beliau dikatakan akan menyertai parti politik baru iaitu Makkal Sakthi untuk meneruskan kariernya dalam menjaga kesejahteraan kaum itu negara ini.

Parti Makkal Sakthi yang diketuai oleh R.S. Thanenthiran dikatakan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini.

Tambah Subramaniam lagi, beliau akan mengumumkan apa jua keputusannya tidak lama lagi.

“Saya kena fikir panjang,” jelas beliau.

Dalam pada itu, seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri hari ini mengesahkan Najib dijadual merasmikan parti Makkal Sakthi pada 10 Oktober depan.

Ia bagaimanapun masih belum dapat dipastikan dan tertakluk kepada perubahan pada saat-saat akhir.utusanmalaysia

Khamis, 24 September 2009

ZAMBRY MB HARAM - PUAK UMNO MEROYAN GAMBAR ZAMBRY KENA SIMBAH CAT

Gambar Nizar pun pernah kena simbah cat suatu ketika dulu

Nak tanya UMNO pulak, sapa puak-puak nie!...

IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjauwan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya.link

Rabu, 23 September 2009

Selepas Bagan Pinang giliran Johol pulak PRK?

Kalau betui la macam yang amat ni tulis, nampak gayanya Negeri Sembilan Raya lagi lepas ni. Perang kat Bagan Pinang baru ja bermula, kena pulak berperang di Johol. Nak pulak Bagan pinang Umno kalah, memang mampuih cepat la Umno.

Tapi betui ka maklumat ni? Pasainya bola aku google takdaklangsung cerita pasai ni keluar. Tapi disebabkan aku kenai blogger ni, dan pada aku setakat ni dia ni kira perawi yang boleh percaya laa.
Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.[link]

Tapi aku rasa Umno melalui SPR sebagai kelab penyokong, akan buat apa saja untk pastikan PRK tak jadi di Johol ni selagi ADUN situ masih bernafas. Kalau kes di Kota Seputih pun SPR boleh takmau buat PRK, apa sangat kalau takat nak suruh tarik balik surat perletakan jawatan tu.

Aku secara peribadi harap SPR bolh 'tangguhkan' PRK tu, biar la habih, PRK Bagan Pinang dulu. Bagi la tempoh 2 3 bulan, biar aku boleh 'bernafas' dulu, boleh cari stamina balik.

Lepas tu boleh laa kalau SPR nak buat PRK pun. Kalau PRK kerap sangat, bukan takat Umno ja boleh mampuih awa, PR pun letih, silap-silap boleh bangkrap.

Keputusan PRU12
ROSLAN MOHD YUSOF (BN-UMNO) 3,737
KAMARUDIN MD TAHIR (PAS) 2,474
Jumlah Pengundi 8,654
Keluar Mengundi 74.38%
Majoriti 1,263

cenanghttp://cenangau.blogspot.com/2009/09/selepas-bagan-pinang-giliran-johol.htmlau

Selasa, 22 September 2009

Seret SPR ke mahkamah jika tidak beri pilihan pada pengundi pos

Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Yusmadi Yusof berkata beliau akan membawa ke mahkamah sekiranya pengundi pos, khususnya dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.

Katanya, ini memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

“Dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan,” katanya.

Menurut rekod pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, semua warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Hanya Perlembagaan sahaja yang akan membenarkan keadaan-keadaan tertentu di mana sesuatu tanggungjawab perundangan boleh disempurnakan di dalam keadaan yang berbeza daripada tanggungan warganegara yang lain.

“Sejarah perundangan menunjukkan undi pos hanya dibenarkan dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkin warga tersebut boleh mengundi seperti warga yang lain.

“Seperti tanggungjawab parajurit yang terlibat di medan perang seperti yang dilakukan pada tahun 1918 di England melalui Representation of the People Act 1918 yang berlatar belakangkan keadaan perang semata-mata di atas alasan “by reason of the nature of their occupation ... from voting at a poll,” katanya.

Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan pula, tambahnya, dengan jelas menetapkan bahawa kesaksamaan semua di bawah undang-undang.

“Dengan mengenakan undi pos kepada warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah perlembagaan, akan terjumlah kepada diskriminasi terhadap warga dan kelompok tersebut.

“Di dalam hal ini saya yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apatah lagi sekiranya ianya dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut.

“Bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi tersebut, saya mencadangkan agar warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos, dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan samada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

“Di dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke Mahkamah sekirangan SPR tidak mengambil tindakkan segera seperti yang dicadangkan iaitu memberi pilihan kepada warga dan kelompok yang didiskriminasi secara paksa untuk mengundi secara pos dan bukan dengan kaedah undi secara biasa,” tegas Yusmadi lagi.

Mesyuarat pengurusan Umno tidak bincang tentang Isa Samad


Mesyuarat pengurusan Umno dan badan perhubungan Umno Negeri Sembilan baru-baru ini tidak berbincang mengenai Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dikatakan sebagai calon untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata calon BN akan diketahui selepas mendapat kelulusan pucuk pimpinan dan hanya akan diumumkan di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Pinang pada 29 September ini.

"Kita akan mengambil kira pandangan semua pihak. Yang penting kita mahu calon yang berwibawa, dihormati dan diterima pengundi serta mampu menjalankan tugas," katanya yang tidak mahu mengulas mengenai senarai nama calon yang dipertimbangkan, lapor Bernama.

Sebelum ini, Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara mencadangkan Isa yang juga ketua Umno bahagian tersebut sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil tersebut.

Bagaimanapun, beberapa tokoh termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju Isa dicalonkan kerana beliau pernah disabitkandengan kesalahan rasuah politik.

Dr Mahathir berkata, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga turut menasihatkan Umno supaya mengambil iktibar daripada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, dalam memilih calon yang sesuai bagi mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.

Dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, isu pembatalan lesen guaman calon BN, Rohaizat Othman, berhubung kes pecah amanah membabitkan wang anak guamnya, telah dijadikan modal oleh PAS.

Dalam pilihanraya kecil pada 25 Ogos lalu itu, calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan Rohaizat dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Mengulas lanjut Muhyiddn berkata mesyuarat tersebut hanya mesyuarat biasa mengenai persediaan yang dibuat dan strategi serta pendekatan yang bakal digunakan dalam kempen pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 11 Oktober.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Azman Mohamad Noor akibat jangkitan kuman dalam darah pada 4 September lalu.

Sebelum itu, Muhyiddin menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di
Seri Perdana.

Turut hadir pada hari terbuka itu ialah Menteri Pengangkutan yang juga
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.MSIAKINI

Sabtu, 19 September 2009

PERUTUSAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA EIDUL FITRI 1430 HIJRAH

Saya dan Azizah, mewakili keluarga, kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1430 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz Minal Eidin walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Syawal tahun ini juga disambut dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi. Penguncupan ekonomi bagi suku tahun ini amatlah membimbangkan, KDNK kekal mencatat peratusan rendah. Sudah tentu situasi ini membingungkan kita tatkala berbilion ringgit telahpun dibelanjakan. Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak. Amalan memacu ekonomi negara harus difahami dengan pengertian yang lebih mendalam, tidak terhad sekadar dasar yang indah di permukaan tetapi bergelodak pelaksanaannya.

Syawal juga mengajar erti persepaduan dan muafakat disamping bulan untuk memacu amal ibadat. Sabda Rasulullah SAW, "Hendaklah kamu bersungguh di Eidulfitri ini untuk melakukan sedekah dan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, zakat, bertasbih serta bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat kamu dengan rahmat.".

Justeru marilah kita menyambut penjelmaan Syawal dengan keinsafan, kesabaran dan kesederhanaan. Penyempurnaan ibadah Ramadhan seharusnya mampu mengangkat darjat ketaqwaan dan menggilap roh serta semangat perjuangan menegak yang hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan kebathilan.

ANWAR IBRAHIM

Krisis MCA - Chua Soi Lek cuma digantung bukan pecat


Jawatankuasa Pusat (CC) MCA malam ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lepas untuk memecat Timbalan Presiden, Datuk Dr. Chua Soi Lek dari parti itu.

Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr. Soi Lek selama empat tahun berkuat kuasa serta-merta.sumber

Selasa, 8 September 2009

PAS pula kenakan syarat berunding dengan Umno


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tidak perlu mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi ia mengamalkan dasar kebangsaan.

Malahan beliau menganggap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa Umno bersedia berunding dengan PAS atas kepentingan Islam, sebagai isu lama.

Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan juga meragui keikhlasan kerajaan pusat dalam membantu negeri Kelantan.

"Kalau nak jaga Islam lebih baik dia buat sebagaimana dia sebut tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam barulah benar-benar menampakkan kita ni ikhlas dengan Islam," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota
Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib semalam bahawa Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini, tetapi tidak rela jika Umno dihina oleh sesiapa sekali pun.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana menyediakan peruntukan bagi pembangunan negeri ini, khasnya di kawasan DUN Manek Urai.

Beliau berharap peruntukan seperti itu dapat diberikan secara berterusan kerana ia menjadi tanggungjawab kerajaan pusat atas semangat persekutuan.

Semalam, Najib turut mengumumkan kerajaan pusat meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manik Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil DUN kawasan tersebut pada 14 Julai lepas. BERNAMA

MEMASUKKAN JARI KE DALAM PUSAT; ADAKAH BATAL PUASA?


MEMASUKKAN JARI KE DALAM PUSAT; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan;

assalamualaikum ustaz, saya musykil dgn satu perkara; adakah memasukkan jari ke dalam pusat badan termasuk di dalam perkara yg membatalkan puasa dan jika ianya tergolong di dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan? terima kasih

Jawapan;

Tidak membatalkan puasa kerana pusat bukanlah rongga terbuka yang mempunyai saliran yang sampai ke perut. Kecualilah jika pusat itu mengalami luka atau tertusuk menembusi ke perut maka ketika itu batallah puasa jika dimasukkan sesuatu (menurut mazhab Syafi'ie).

Wallahu a'lam.